Ahad, 24 Julai 2011

Sama tak serupa

Komen dalam FB Cik Putri adalah " Mcm atlet dr bahrain, rugaya name diberi,..pemenang pingat gangse 100m sukan olimpik.." oleh anak murid Cik Putri si Naim Mohamed. Iyer ke....?

certengok...jom...jom...


Untuk pengetahuan semua, atlit yang dimaksudkan oleh anak murid Cik Putri tue adalah Ruqayah al-Ghasara dari Bahrain. Pemenang pingat emas acara 200 meter di Doha, Qatar.
Persamaan kami...wanita Islam! Am I right...?

Sabtu, 23 Julai 2011

Kursus Guru 1M1S Johor Bahru

Pada 19hb hingga 21hb Julai 2011, 160 orang guru SM dan SR Daerah Johor Bahru telah berkumpul di SMK Mohd Khalid untuk berkursus. Kursus berkaitan dengan 1M1S bagi 10 acara permainan yang telah dipilih. Cik putri terlibat dengan Olahraga.

Alatan untul latihan kaki.

En. Ibrisyam tunjuk cara latihan lompat pagar.

Dah tunjuk cara...aplikasi.

Inilah PT Olahraga JB...En. Sabri...sempat lagi dia nie buat gaya!

Setiap sekolah menengah diwakili 2 orang guru. Hanya sekolah rendah sahaja diwakili seorang guru kerana bilangan sekolah rendah lebih banyak berbanding sekolah menengah. Itulah yang PPD JB kata kerana ada beberapa rakan sejawatan yang sama-sama bertungkus-lumus semasa di MSSJ yang tidak dapat turut serta.

Syukur Cik Putri dapat turut serta. Syukur dapat jumpa kengkawan dan refresh kembali apa yang dipelajari semasa di Kampus UPSI dahulu.

Thanx a lot for En. J.Low (nama gelaran yang kami beri kepada lecturer Olahraga saya iaitu En Jeffery Low) atas ilmu yang diberi dahulu...

Selasa, 12 Julai 2011

Tanjung Piai

Seminggu selepas ke Muzium Bugis bersama Bonda A'aishah dan Kak Noi, Cik Putri bersama seorang sahabat iaitu En. Saiful ke Tg Piai...

hujung benua tuh...!


Tujuan utama perjalanan ini adalah mencari tempat untuk perkhemahan Kelab Kembara SAB yang tersangat ingin mengadakan lawatan keluar dari sekolah.

Jadi sampai sahaja kami pun mendapatkan maklumat dan risalah yang berkaitan untuk tujuan yang AMAT murni kami itu...hahaha.


Kawasan tapak perkhemahan.


Laluan ke jeti.

Kawasan ini ditumbuhi dengan kayu bakau yang pelbagai jenis...setiap kayu tersebut ditanda dan diberi penerangan. Laluan kayu mmg best, ada juga disediakan tempat memerhatikan burung2 yang disediakan juga maklumat tentang mergastua tersebut.

Tapi tak seronoknya tempat tersebut dijadikan tempat untuk pasangan memadu asmara. Uh, tidak bertamadun sungguh!!



Isnin, 11 Julai 2011

Hish...hish...Sape punya nie...?

Akibat ketidakcukupan masa...maka inilah akibatnya. Kesibukan membuatkan meja Cik Putri jadi begini...


P/s: Jgn ikut mcm nie tau...tau...:)

Muzium Bugis, Pontian

Muzium Bugis terletak di sebelah Masjid Teluk Kerang, Kampung Teluk Kerang, daerah Pontian, negeri Johor,Malaysia. Muzium ini dibina oleh penduduk tempatan yang berminat menyimpan pelbagai koleksi sejarah berkaitan orang Melayu terutama etnik Bugis.


Orang Bugis datang ke Semenanjung Tanah Melayu setelah Makassar di Sulawesi diserang dan ditawan oleh pihak Belanda. Kebanyakan penduduk Pulau Ambon di Sulawesi berjaya dikristiankan oleh penjajah Belanda.

Bugis adalah salah satu rumpun Melayu yang berasal dari Sulawesi dan berhijrah ke Tanah Melayu pada lewat kurun ke-18 dan 19. Penghijrahan ini atas tujuan memperkenalkan dan mengabadikan budaya dan cara hidup komuniti Bugis di Johor, sebuah muzium telah dibina di Daerah Pontian.

Muzium Bugis ini dibuka secara rasmi pada 26 Julai 1994 oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Sabbaruddin Chik. Di sini, para pengunjung akan berpeluang melihat pelbagai artifak orang Bugis dan berbual dengan penjaga muzium yang berketurunan Bugis yang akan menceritakan tentang budaya dan adat resam mereka.

Warisan sejarah yang dijaga dan disimpan dengan baik akan membolehkan generasi seterusnya menyedari bahawa khazanah bangsa Malaysia sebenarnya kaya dan tinggi nilainya, di samping dapat mengenal tamadun yang tertua di kawasan Nusantara ini.
Muzium yang terletak lebih kurang 7 kilometer dari bandar Pontian Kecil dan 12 kilometer dari Kukup Laut itu menghimpunkan kira-kira 1,715 pelbagai jenis barang antik yang berharga. Muzium yang telah mempamerkan barangan antik sejak 1982 diusahakan atas daya inisiatif pemilik muzium tersebut dengan membangunkan sebahagian rumahnya sebagai bilik pameran muzium. Muzium tersebut dibesarkan sedikit demi sedikit mengikut kemampuan kewangan yang ada, yang diperoleh daripada hasil sumbangan orang ramai dan pihak Muzium Negara.

Sehingga sekarang, dewan pameran muzium itu telah mengalami banyak perubahan kerana pertambahan artifak yang dijual oleh orang perseorangan kepada pemilik untuk dipamerkan sebagai bahan warisan sejarah.



Baru-baru ini, pemilik muzium tersebut memperoleh empat buah meriam yang digunakan oleh tentera Bugis pada abad ke-16 di negeri Johor yang melambangkan penguasaan bangsa itu ke atas Empayar Johor-Riau satu masa dahulu.

Selain daripada itu terdapat salah silah susur galur tentang kerajaan negeri Johor terdapat dan dipamerkan di sini. Termasuk juga surat daripada Sultan Johor.

Susur galur

Sultan

Segala peralatan seperti pinggan mangkuk, baju Bugis, alat peperangan tentera Bugis, seperti lembing, tombak, badik kelewang, bakul-bakul lama, alat perhiasan, katil, peti besi dan sebagainya dipamerkan untuk tatapan masyarakat Malaysia.
Pelancong yang ingin melawat muzium ini tidak dikenakan sebarang bayaran, sebaliknya menderma seikhlas hati bagi membantu membangunkan muzium terbabit.

Jadi apa lagi, jom kita melawat warisan yang amat bernilai ini.

Ahad, 10 Julai 2011

Sambal Pecal best!


Meh sini nak citer pasal PECAL nie...salah satu daripada makanan orang jawa... kalau dulu nak kena goreng kacang...tumbuk kacang...sebelumnya nak sediakan semua rempahnya...sekarang sudah ader yang segera...

Tadaaaaa...hanya perlu bancuh ngan air panas dan masukan sedikit air asam jawa (hah ader juga perkataan jawa nyer...hehehhehehhe).


Ramuan:
Kacang panjang
Taugeh
Kangkung
(kesemua bahan di atas perlu dicelur)
Timun, sengkuang, nanas (dipotong)
Tauhu (perlu digoreng dan dipotong memanjang)

Dalam pic nie yang ader cuma timun, kangkung, taugeh dan tauhu.

Hidangan makan malam yang sedap... hehehe. Cubalah...nak sambal pecal segera nie boleh
dapatkan daripada saya RM6 sahaja...(tapi tak masuk belanja pos tau...hahhahahaha).

Udang + bunga kobis tumis ngan

Jumaat, 8 Julai 2011

sarap or sarapan...ummmm!

Hahaha...bila jemari putri gatal nak menulis. Hari nie kisah sarapan... orang blah Muar panggil sarap. Orang Jawa panggil breakfas...hahahha saja jer nie...org jawa cakap sarapan jer la.

Ini adalah sarapan pagi putri hari ini. Jadi la.... Jemput2 kentang ngan semug ( mug la kan sebab bukan cawan...hehehe) nescafe. Urmmmm, sedap...sebenarnya putri selalu skip sarapan (hahahha, kantoi2) sebab tue selalu sakit2 (pergh...mesti pasni kena marah).

Tapiiiiiii, hari ini dah tak tau... Insya-allah sampai bila2...kecuali puasa yer! Nie ramuannya...cara buat sekali la...stail putri.

Jemput2:
Sebutir telur
Sejemput garam
Sesenduk tepung gandum
Sebiji kentang (sederhana jer... potong kiub sekecil yang boleh)
Air

Caranya:
Adunkan semua bahan di atas...pastu masukan dalam kuali yang berisi minyak panas tuk menggoreng.

Air:
1 pek 3in 1 Nescafe kuning
Air semug (hehehe)

p/s: Selamat bersarapan semua...

Khamis, 7 Julai 2011

Program sehari... persiapannya?




2 Julai 2011... 3 program sekolah berjalan serentak... malas nak citer banyak2 la.
  1. Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia - Satu Malaysia ingin bersama-sama mencipta rekod larian... ilham dari Larian Mahkota Johor.
  2. Hari Urusniaga - belajar berniaga...hehehe. Tahun ini tak sempat nak membeli-belah. Dok dalam kelas sampai ke sudah..huhu.
  3. Hari Akademik - amik penyata la. Apa lagi kan...dengar ceramah sikit2. Uh, zaman putri dulu tak nak duduk sebelah Abah...sebab takut kena bambu depan2 cikgu. Malu....



Pagi Sabtu tue bangun dh lambat... dalam kelam kabut pulak PK KOKO telefon...nak banner yang PPD bagi petang Jumaat... bukan banner sebenarnya, hehehe banting! Hj D tak marah pun, cuma dia suruh cepat-cepat sampai ke sekolah....acara sudah hendak mula.

Kelam kabut...kena scan dulu kat pejabat...masuk kelas. Ibu bapa sudah ader 2-3 orang menanti. Kesian pulak...so, teruskan sesi perjumpaan. Balik dekat pukul 2.00 petang...dh xder orang disekolah...huh...penatnyer.

Sekarang sedang membuat laporan Larian 1M 1S (dah siap sebenarnya...tinggal nak send kat alamat email yang diberi jer...) Satu laporan kena hantar ke PPD, sebab SAB jadi tuan rumah bagi PPD JB.

Tahun ini sukan begitu banyak yang kena buat, acara... alhamdulillah. Mereka sudah membuka mata tentang kepentingan sukan. Bermula dengan Larian Mahkota Johor...diakhiri dengan Larian 1M 1S. Semoga terus berkembang dengan 1...1 Malaysia!

Rabu, 6 Julai 2011

Mmmmmm MC...

Tengok pic nie pun kita dah tahu kan nak citer pasal apa... apatah lagi entry pun dah bagi tau...hehehe

Nak citer pasal MC nie kan... ummmm...Ader orang sakit pun pergi keje. Nie kisah kawan Putri sorang...balik dari kg dia dah demam... g klinik tapi dia xnak MC bila doktor nak kasi...sebab? Sebab dia kata dia tak nak susahkn org lain kena reliefkan masa dia. Baiknya dia kan....

Kisah Putri semalam MC? Ummm, bangun tdo nak solat subuh... nampak semua berpusing...gagahkan diri juga nak solat (ummmm, boleh pulak...mesti la, wajib kan? ). Usai solat terus baring atas katil... selalunya masa nie dh bukak FB. Ingatkan bila bangun nnti dh ok...rupanya bangun terus muntah...uh, tak larat sungguh. Dah la tak makan apa2 muntah angin jer...minum air kosong...muntah semula.

Ummmmm... pergi klinik ingat nak bawa kete sendiri. Tapi tak larat sgt....so, mintak tolong Pak Ya hantarkan ditemani menantu dia. Alhamdulillah...sampai klinik kejap jer dah masuk dalam jumpa doktor. Pastu siap jer kena RM35...Uh, boleh la tahan....nak buat macam mana sakit kan...

Then, beli roti...bau roti membuatkan putri loya. Uh, tahan jer la....nampak Pak Ya, terus masuk dalam kete. Sampai jer rumah...belum sempat masuk rumah terus muntah... tak tahan bau makanan....pas makan roti, makan ubat...tdo!

P/s: Thanx kat kengkawan yang reliefkan putri semalam...thanx banyak2.

Isnin, 4 Julai 2011

2 Bijak 2011 siri 1

Tahun ini jadi guru kelas 2 BIJAK...kelas depan la katakan. Alhamdulillah, kelas mana yang tak der masalah. Semua ader, nak2 bila guru kelas sentiasa tidak masuk kelas sebab terlibat dengan sukan... uh, nama pun cikgu sains sukan.

Putri mengajar subjek Bahasa Melayu... sudah masuk tahun keempat mengajar subjek ini. Hanya yang berbeza adalah tahun ini sukatan baru dan buku KOMSAS juga baru...Alamat kena baca semula la....tak leh guna yang silibus lama.

Ok, nak citer ttg budak2 nie...kerenah n telatah mereka sewaktu berada di dalam kelas. Nie sorg...nama dia Mohammad Nor... nama nick dia "MAT NOR", suka bercakap... mula2 masuk dalam kelas dia la paling banyak bercakap. Menceceh mcm2 benda...Tapi, skang dh ok sikit.
Dia nie suka sgt puji Putri...mcm2 dia buat sampai kita respon. Selagi tak respon dia tak akan berhenti memanggil...
Comel kan dia....(Mat Nor)

kupon...kupon...

Budak2 nie dalam kelas yang lelaki mmg banyak mulut... pantang tgk cikgu dia respons baik jer. Mula la mereka semua buat lawak....

Seimbang II?

Sepanjang minggu lepas banyak sungguh kerje... makan pun tak jaga sgt. Makan hanya bila teringat... itu pun kalau sempat... So, berat badan sepatutnya menurun kan?

Hahahaha...tak pun...turun la kejap. Pastu naik semula....hehehe!

Tengok la apa yang putri makan sepanjang minggu lepas.... Nasib baik masa Hari Urusniaga tak sempat beli apa-apa, sebab ibu bapa ramai yang datang....(yang nie nnti putri citer kendian yer...tunggu tau!)

So, tak yah cakap banyak la ea...jom tgk menu putri sepanjang minggu lepas.


Lepas sukan.... drive ke McD Larkin. Actually, nak beli barang yang orang pesan. Nyum...nyum... idaman ku terutamanya bila tgk benda kaler hijau tue...terliur. My McD GCB ...sedap!

Lamb Chop...putri beli kat Medan Selera BBU...(alamak lupa plak nama tempat nanti putri update nama yer).

Nie jer la akhirnya.... Meggi kari. Penuh sayuran dan telur...boleh la kan?

Sukan SAB kali ke-46





Sukan SAB telah berlangsung dengan sungguh meriah sekali. Enam rumah sukan yang mengambil bahagian yang diberi nama sempena kenderaan nasional Malaysia iaitu PERDANA, WIRA, SAGA, PERSONA, WAJA DAN ISWARA.

Hehehehe...agak2 rumah mana yang JUARA tahun nie, :).

Walau apapun kengkawan, semangat kesukanan yang ditunjukkan amat dibanggakan. Semoga sukan akan terus berkembang, tapi cikgu2nya pulak jgn ikut kembang sama ea...hahhahahha.
Arios...