Ahad, 3 Jun 2012

Perkhemahan TNB - Kem Remaja Bestari 2012

Hari ini kami bertugas di PKK Johor untuk aktiviti pendidikan luar.  Pelajar seramai   lebih kurang 200 lebih.   Ada di kalangan pelajar ini agak susah mendengar kata...nak2 budak2 kecik. Tetapi gelagat mereka sangat menarik.

Kali ini Putri menjaga bahagian Rentas Halangan bersama Abg Ajak, Abg Midin, Abg Sai'an dan Abg Zaini Zainal. Terbahagi kepada 4 bahagian... hanya sesi pagi sahaja 3 bahagian aktiviti. Penat tapi seronok...

Pasang khemah

bekerjasama...


Bagus...khemah dah nak siap...



Halangan tembok...
 Hari ini juga Putri membuat latihan halangan tayar, tarzan swing, monkey rack dan halangan tembok sebagai tunjuk cara kepada pelajar, hanya Comando crowl jer mintak pelajar buat.  Lenkali insya allah... Masa buat monkey rack jer...agak berdebar... tapi bila abg ajak kata kena buat untuk jadi jurulatih kebangsaan terus berjaya melakukan. Tahniah buat diri sendiri. Dengan cara yang betul...siapa pun boleh!! Yakin boleh!!!

Balik melepak di kedai mamak dekat ngan Pusat kokurikulum Johor ngan Sumathi (muar), Umi (pasir gudang), Abg Amri (kulaijaya), Abg shahrul (pontian), Khairul (pontian), abg Akmar (PKKJ) dan Halim (JB)... siapkan borang claim Cabaran Pontian...siap suda ingatkan boleh terus hantar...alamk salinan IC plak xder...hahahaha...esok kena g PKKJ jugak la nie...ummmm.



Tiada ulasan: