Isnin, 31 Oktober 2011

Soal Hati

Bila mendengar lagu si Najwa - Cinta Muka Buku teringatkan seseorang....memang kalau tengok orangnya yang sgt pendiam, sape sangka dia begitu di alam maya. Dia sgt prihatin... lembut tika berbicara...

Namun, bila hati sudah diberi mengapa lain pula jadinya...?

Putri tak nak menangis lagi...sudahlah. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...perasaan yang sakit. So, untuk apa lagi menyimpan perasaan itu...? Hati putri sgt terluka...

So, buat kengkawan yang sgt putri sayangi... jika hati anda masih belum rasa ingin bersama sesiapa... janganlah cuba2 menghampiri seseorang. Jangan memberi harapan atau melayan perasaan si dia... sebab akan ada yang terluka bila kalian ungkapan kata, "Saya lum sedia la awak... banyak benda lagi nak fikir...duit pun tak ada nie..." or kalian kata padanya," Best ke couple2 nie...best ke sayang2 nie... best ke berdua nie..."

Fikir2 kan... jika saat ini kalian membuatkan hati orang lain sakit, membuatkan org lain menangis, jangan lupa kalian juga akan merasainya suatu saat nanti.

Selasa, 11 Oktober 2011

Program Perkhemahan Alam Semulajadi Peringkat Negeri Johor 2011 + Sekolah Provinsi Riau

Gah sungguh namanya...ahaks. Program ini dilaksanakan bagi pelajar2 UPSR dari daerah dalam negeri Johor yang berhampiran, yang menariknya turut sama disertai oleh delegasi dari Sekolah-sekolah Provinsi Riau seramai 12 orang beserta 12 orang guru.

Perkhemahan bermula pada 3hb Oktober dan berakhir pada 6hb Oktober 2011. seramai lebih kurang 230 orang pelajar terlibat dalam perkhemahan kali ini.

Para pelajar belajar memasang khemah sendiri, memasak ala ikhtiar hidup, berkenalan dengan alam bijirin dan marin, membuat roket dan menerbangkannya (sampai roket jurulatih tersangkut di pokok...hahahaha), Flying fox, water confident, dan sebaginya. Menarik kan...?

Semoga dapat berjumpa lagi pada masa akan datang...

Membaiki khemah selepas ujan di malam hari...

Kyuksuk sungguh membuat kolaj (alam bijirin)

Alam marin... barang amanah!

ikhatiar hidup...membakar ikan.

Pengemasan Khemah