Isnin, 27 Februari 2012

Kayuhan LTDL PT SulONG 2012

Sempena LTDL 2012 maka kayuhan ini telah diadakan di Pt Sulong, Batu Pahat, Johor. Seramai 200 peserta terlibat dalam kayuhan ini. Peserta mendapat sehelai baju n badge... bayaran sebanyak RM25 seorang.
Ready nk kayuh nie...

Peace...

Geng kayuhan dari Pusat Kokurikulum Johor

Muka kepenatan... sakit badan!

P/S: Pesanan kepada penaja...lenkali yang dh daftar dari dalam internet perlu diutamakan. Kami sudah daftar lebih awal tau...huhu. Kesian kawan sy yang bajunya boleh nampak bentuk badan dia...dia tak suka. Dh macam nangka bungkus.

Program SMK Zon Ulu Tiram

Program ini telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 24 hingga 26hb Februari 2012. Pada petang jumaat selepas solat Jumaat sekitar pukul 3.00 petang pelajar telah sampai di Pusat Kokurikulum Johor.

Mereka ini adalah pelajar2 yang terpilih dari setiap sekolah di Zon Ulu Tiram yang bakal menjadi pemimpin persatuan dan badan beruniform. Kursus kepimpinan kali ini adalah terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya seramai 250 orang.

Pelajar dibahagikan kepada enam kumpulan kecil yang mana tiga kumpulan melaksanakan aktiviti SURVIVAL di hutan berhampiran. Sementara tiga kumpulan lagi menjalankan aktiviti REPELLING, ORIENTERING dan RENTAS HALANGAN.

Setiap kumpulan diberi masa 1 jam 30 minit untuk setiap aktiviti, kemudian berpindah ke aktiviti seterusnya KECUALI aktiviti SURVIVAL. Tepat jam 8.00 pagi aktiviti telah bermula.

Rentas Halangan dibahagiakan kepada 6 aktiviti...setiap pelajar dikehandaki menjalaninya dengan dipantau oleh jurulatih bertugas. Nampak mudah...tapi ader juga yang tersangkut dan gagal melaksanakan tugasan.

Taklimat...

Tunjuk cara oleh Tn Adiputra ... Comando Crow
Monkey Rack

Titian Maut....hahahaha

Refleksi setelah aktiviti tamat oleh Tn Wan Mie

SURVIVAL... geng2 makan!

Bertungkus-lumus menyiapkan hidangan memasing...


Jurulatih tertugas... Tn Firdaus, Tn Seni ...
alamak yang sorang lagi dh lupa namanya.

Khamis, 23 Februari 2012

Ragam si Iman




Sila lihat aksi si comel Zarif Iman bersama dengan kami... Gaya yang membuat si atuk kerap berkunjung ke Pasir Gudang... Si nenek kerinduan berbual sakan dengannya... Tak lama lagi Iman akan dapat adik...hulala...

Ubi rebus + Ikan masin...nyum2!

Makanan yang paling best bila berada di kampung, sedap sgt2 rasanya bila dapat makan bersama family. Makan waktu masih panas bersama dengan kopi panas atau pun nescafe O panas...uh, terangkat!

Ubi rebus...

Ikan masin yang telah digoreng...
Tada...hidangan pembuka selera kami sekeluarga...alhamdulillah!

Cameron Highlands...akhirnya!

Akhirnya sampai jua ditempat yang ingin sekali dituju...alhamdulillah!


Rose Valley...


Taman Rama-rama...

Rabu, 22 Februari 2012

Merentas Desa Jubli Emas SAB 2012

Pada 18hb Februari 2012 Kejohanan Merentas Desa sempena 50 tahun SAB telah dijalankan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...sangat meriah dan ceria dengan baju baru masing-masing...tema tahun ini "OREN KUNING".

Majlis penutup n penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pn Pengetua SAB, Pn Hajah Syam bt Haron. Tahun ini rumah PERSONA telah jatuh dari tangga nombor satu hanya mendapat tempat kedua sahaja. Harap selepas ini makin meningkat dan terus maju ke hadapan seperti tahun lepas. Caiyok2...so, silalah tatap gambar di bawah yer...hehehehe.


Pembantu2 saya...pelajar tingkatan 6...ahaks, thanx semua!


Bersama orang kuat hehehe...PK KOKO n senior2, Kak Manja n Kak Mariana.


Peace...semasa menunggu para pelajar sampai di garisan penamat...

Sesi bergambar bersama pemenang setiap kategori.


Sebahagian pemenang bersama dengan pingat masing2...skuad olahraga SAB!

Aku ingin kuat...


Ya-allah ya-rabb berilah aku kekuatanMU... saat ini aku terlalu lemah. Saat ini aku hanya memikirkan adakah dia yang terbaik buatku... adakah dia yang layak mendampingiku... adakah aku layak buat dirinya... Aku seperti ingin menjadi pelarian semula...menjauhkan diri tatkala CINTA itu hadir... kerana aku tak mahu dikecewa seperti suatu ketika dahulu.
Salahkah aku menjauh diri kerana dia dipunyai...?
Tidakkah aku layak mendampingi mereka yang bersendirian...?

Ya-allah...pintaku berikan aku petunjukMU.
Aku hambamu yang sgt lemah..lemah...kerana CINTA itu.