Ahad, 24 Jun 2012

Jeli Durian Belanda


Wah... biasa kita dengar n makan jeli kepala jer kan...?  Jeli yang biasa kita rasa skang dh ada jeli Durian Belanda. Makan waktu cuaca yang panas begini kan...mmg sedap. Minggu lepas masa terlibat dengan Program Perkhemahan Integrasi 1 Malaysia Putri ada bagi kengkawan rasa...hehehe. 

Bahan:
Jus durian belanda
10gm agar-agar
setengah kilo gula
4 liter air/ 2 jag air


Cara membuatnya:
masak agar2 + air sampai agar2 hancur.
masukan gula sehingga hancur.
masukan jus durian belanda
biarkan 20 minit.
tuang dalam bekas2.

mudahkan membuatnya...? Hehehe...selamat mencuba.


Sabtu, 9 Jun 2012

Iman n DURIAN


Kisah si raja buah dengan ank buahku yang nakal si Iman. Semalam sampai dari kampung, buah durian ada 6 biji dalam bonet kereta. Lepas solat Maghrib cadang Putri nak turun ambil barang-barang dalam kereta untuk di bawa naik ke atas rumah. Adik Putri dari Pasir Gudang sms beritahu sudah sampai. Dia dan suaminya bersama anak sulong mereka si Iman.

Si Iman punyalah susah disuruh bersalam dengan Cik Long aka Putri. Siap  digigitnya  Putri bila Putri dapat peluk dia. Sakitnya..... bila kena ugut tak nak kasi durian baru dia terkedek2 nak bersalam. Kuat sungguh si kenit tue mengangkat durian2, berulang-alik dari bonet kereta Putri ke kereta Gen2 ayahnya. Sebijik jer tingal tuk Putri, Si Iman cuba jugak nak ambil...

Durian sedang luruh di kampung. Setiap pagi Putri akan merayau di bawah pokok durian di hadapan rumah. Melonggokkan durian yang telah dikutip di anjung rumah, membersihkan dan membawa masuk ke dalam rumah. Simpan dan makan...sebiji...dua biji....hahahaha...setiap hari sekurang-kurangnya 2 biji akan dikopek dan dimakan.

Bila tinggalkan mak petang semalam rasa bersalah jer. Tapi, ader tugas yang menanti di Johor Bahru. Insya-allah kita akan jumpa lagi yer mak...

Ahad, 3 Jun 2012

Perkhemahan TNB - Kem Remaja Bestari 2012

Hari ini kami bertugas di PKK Johor untuk aktiviti pendidikan luar.  Pelajar seramai   lebih kurang 200 lebih.   Ada di kalangan pelajar ini agak susah mendengar kata...nak2 budak2 kecik. Tetapi gelagat mereka sangat menarik.

Kali ini Putri menjaga bahagian Rentas Halangan bersama Abg Ajak, Abg Midin, Abg Sai'an dan Abg Zaini Zainal. Terbahagi kepada 4 bahagian... hanya sesi pagi sahaja 3 bahagian aktiviti. Penat tapi seronok...

Pasang khemah

bekerjasama...


Bagus...khemah dah nak siap...



Halangan tembok...
 Hari ini juga Putri membuat latihan halangan tayar, tarzan swing, monkey rack dan halangan tembok sebagai tunjuk cara kepada pelajar, hanya Comando crowl jer mintak pelajar buat.  Lenkali insya allah... Masa buat monkey rack jer...agak berdebar... tapi bila abg ajak kata kena buat untuk jadi jurulatih kebangsaan terus berjaya melakukan. Tahniah buat diri sendiri. Dengan cara yang betul...siapa pun boleh!! Yakin boleh!!!

Balik melepak di kedai mamak dekat ngan Pusat kokurikulum Johor ngan Sumathi (muar), Umi (pasir gudang), Abg Amri (kulaijaya), Abg shahrul (pontian), Khairul (pontian), abg Akmar (PKKJ) dan Halim (JB)... siapkan borang claim Cabaran Pontian...siap suda ingatkan boleh terus hantar...alamk salinan IC plak xder...hahahaha...esok kena g PKKJ jugak la nie...ummmm.



Sabtu, 2 Jun 2012

Cabaran Pontian 2012

Cabaran Pontian berlangsung pada 28 hingga 31hb Mei 2012, nama pun cabaran pontian maka ianya berlangsung di Pontian la kan...hehehehe. Selama 4 hari kami 10 daerah di Johor berkubu di Pusat Kokurikulum Pontian.

Cabaran pada tahun ini...
  1. Musang berjanggut - ala2 citer musang berjanggut la...mengasingkan bahan dalam uncang, kami kumpulan ketiga last kuar dari pusat ko Pontian.
  2. Berkayuh basikal dari Pusat Kokurikulum - Tg Piai - Pusat kokurikulum (ikut jalan dalam ... kematu punggung wei!!)
  3. Ekplorasi berkereta ke Muzium Nanas - Tampok (berkayak 200m).
  4. Kembara Gunung Pulai - ekplorasi masyarakat
  5. Kilauan Emas - nyanyian Lagu Bugis (sepohon kayu) dan bersyair/sajak patriotik
  6. Khidmat masyarakat( sekitar kem/pusat ko jer)

Peserta basikal bersedia menanti kengkawan musang berjanggut menabiskan cabaran

Taman negara penghujung benua Asia.... RAMSA

Aktiviti dalam ekplorasi Tg Piai...kenangan pasukan!

Kembara Gunung Pulai...

Pintu Gerbang masuk kem site team JB...

Tempat basikal...

khemah peserta lelaki

khemah peserta perempuan

gajet rak kasut...

wah...posing depan pintu gerbang!!



Rakan setugas dari Batu Pahat -  Tahniah BP muncul Juara Kilauan Emas...

bersama Az,ina Ishak dan Faizah...

Diapit  mahaguru protokol Tn Khairul Akmar Abdullah  (kanan)  Ustaz Muzaidi (kiri)

Team JB 2012

Team JB tahun 2012
Team kali ini sangat mencabar minda n jiwa..walau bagaimana pun kami telah lakukan yang terbaik. Semoga  ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh pelajar n guru2 yang terlibat.

Kopi 'O' Kampung Pontian

Beberapa minggu yang lalu sebelum ke Cabaran Pontian Putri n Bonda, Bak, n Kak Noi telah merayap ke Pontian. Hehehe...seperti biasanya kami akan mengeteh di Restoren 3 Warisan di Pekan Nanas menikmati kepala ikan asam pedas. 

Kali ini Putri nak bercerita tentang Kopi pula, Pontian juga dikenali sebagai kawasan penanaman nanas. Hasilnya dapat memberikan pendapatan kepada para penduduknya sehingga wujudnya Muzium Nanas di daerah ini (next entri Putri akan bercerita tentang Muzium Nanas yer kengkawan).

Kedudukan warung ini di tepi jalan hendak menuju ke Pontian Kecil. Jikalau kalian dari JB akan melalui Pekan Nanas dan terus ke Pontian Kecil maka akan melalui warung ini di sebelah kanan. Disamping kopi warung ini juga menghasilkan aneka roti yang baru di buat dan menyediakan nanas dalam tin. Harga? Berpatutan... setin kecil 5 tin hanya RM10. Tin yang sederhana RM 9  dan yang besar ....alamak lupa nak tanya. Nanti Putri akan inform yer...sabar...sabar...

Kopi pula dijual 200/300g RM9. Terdapat dalam bentuk paket2 yang menarik! Jadi jika anda ke Pontian jangan lupa singgah ke kedai ini yer....arios!

Inilah kedainya...ada tanda iklan besar lagi...mudah dilihat.


sedang menantikan kopi yang dipinta....



Dalam bentuk botol... boleh call yer...


Kopi yang best...tanpa bahan lain...pure kopi asli!

Hahahaha....sedap!!

Nak beli roti pun boleh.....segar n baru tau!

Mereka juga menerima tempahan untuk membuat roti....silakan!