My Diaries .... Live Me iN Memories
ADA SAAT MANIS UNTUK DIKENANG, KESEDIHAN UNTUK DITANGISI JUGA HARAPAN PADA MASA DEPAN.
Selasa, 5 Februari 2013
kursus penarafan dan ujian kecergasan 2013
kursus pertama untuk kali ini....ummmmm...ujian yang dijalankan sgt mengujakan. Hehehehe....larian 2.4 km bagi perempuan perlu di bawah 25 minit, push up 20x, sit-up 20x, renangann 200m di bawah 20 minit. kehadiran jurulatih adalah 60 org daripada 200 org yang dipanggil. Sgt teruja menjalankan aktiviti yang dirancangkan. Tahniah kepada rakan-rakan yang menjayakan penarafan dan ujian ini.
Isnin, 3 Disember 2012
Bakau di Taman Negara Johor Tg Piai
Pelajar mengumpulkan tanah |
Tanah yang telah dikumpulkan akan di bawa ke tapak semaian |
Benih bakau yang perlu dikutip untuk disemai |
Benih yang rosak di sebelah kiri, kanan elok...pucuk di ujung yang membolehkan bakau ini di semai |
Benih bakau yang boleh di tanam yang terdapat dalam plot |
Bakau yang sudah boleh ditanam.... yang biasanya adalah bakau minyak dan bakau kurau |
Benih-b2nih bakau yang ada di dalam plotnya |
benih bakau yang telah siap disemai oleh palajar |
Memasukan tanah ke dalam beg plastik... |
Pelajar tertidur keletihan...hehehe |
Dianggarkan setiap tahun terdapat banyak sekolah dan pertubuhan yang hadir untuk melawat dan membantu dalam penyemaian benih bakau yang terdapat di Tg. Piai. Tg Piai mendapat nama sempena sejenis pokok paku pakis yang dikenali sebagai Pokok Piai. Gelaran yang paling popularyang diberikan pada tempat ini adalah "Penghujung Tanah Besar Asia", jadi jika kita kemari kita telah berada di penhujung benua Asia. Menarik kan...?
Tg Piai yang terdiri daripada 526 hektar hutan bakau dan 400 hektar dataran lumpur. Pada tahun 2002 ia telah dibuka kepada kunjungan orang ramai. 31 Januari 2003 ia distiyharkan sebagai tapak RAMSAR. Kemudiannya pada 26 Februari 2004 ia telah digazetkan sebagai Taman Negara Johor Tg Piai.
Selamat datang ke Tg Piai sekiranya anda berkesempatan...
Ahad, 2 Disember 2012
Kursus Pengurusan Aktiviti Berbasikal "OFF-ROAD" PKKJ 2012
Perkhemahan kali ini melibatkan jurulatih dari negeri lain yang turut bersama dengan kami di Taman Negara Endau- Rompin (Selai) di Segamat. Seramai 120 orang terlibat iaitu 40 jurulatih bertugas, 33 orang peserta dalam kalangan pelajar dan 40 orang jurulatih yang berkursus. Kami berkumpul di SK Seri Bekok, Segamat sebelum bergerak ke dalam hutan simpan pada 27hb November 2012.
Selain dari kayuhan peserta juga terlibat dengan aktiviti taklimat keselamatan oleh pihak taman negara, river crossing, ikhtiar hidup / perangkap jerat, kembara rimba dan penghayatan malam. Sementara peserta kursus pula memurnikan lagi modul berbasikal dan melakukan kayuhan malam di atas trek yang agak mencabar kerana ditemani oleh pacat hutan Selai....hehehehe. Tahniah buat kengkawan yang berjaya mengharunginya terutama Tn Akmar yang berjaya mengumpul 15 ekor pacat di waktu petang semasa merintis laluan.
Selain dari kayuhan peserta juga terlibat dengan aktiviti taklimat keselamatan oleh pihak taman negara, river crossing, ikhtiar hidup / perangkap jerat, kembara rimba dan penghayatan malam. Sementara peserta kursus pula memurnikan lagi modul berbasikal dan melakukan kayuhan malam di atas trek yang agak mencabar kerana ditemani oleh pacat hutan Selai....hehehehe. Tahniah buat kengkawan yang berjaya mengharunginya terutama Tn Akmar yang berjaya mengumpul 15 ekor pacat di waktu petang semasa merintis laluan.
Ucaptama oleh En. Nordin selaku bos di PKKJ...malam sebelum kayuhan. |
Posing depan pintu masuk laluan ke Selai... |
Sebahagian daripada JU yang bertugas dan berkursus |
Perhimpunan pagi... |
Bersedia untuk bergerak ke aktiviti river crossing |
Ikhtiar hidup |
Taklimat daripada pihak taman negara |
Arahan dari Kem komandan sebelum bergerak masuk... |
kayuhan... |
JU bertugas....memang best la korang! |
Langgan:
Catatan (Atom)