Ahad, 2 Disember 2012

Kursus Pengurusan Aktiviti Berbasikal "OFF-ROAD" PKKJ 2012

 Perkhemahan kali ini melibatkan jurulatih dari negeri lain yang turut bersama dengan kami di Taman Negara Endau- Rompin (Selai) di Segamat. Seramai 120 orang terlibat iaitu 40 jurulatih bertugas, 33 orang peserta dalam kalangan pelajar dan 40 orang jurulatih yang berkursus. Kami berkumpul di SK Seri Bekok, Segamat sebelum bergerak ke dalam  hutan simpan pada 27hb November 2012.

Selain dari kayuhan peserta juga terlibat dengan aktiviti taklimat keselamatan oleh pihak taman negara, river crossing, ikhtiar hidup / perangkap jerat, kembara rimba dan penghayatan malam. Sementara peserta kursus pula memurnikan lagi modul berbasikal dan melakukan kayuhan malam di atas trek yang agak mencabar kerana ditemani oleh pacat hutan Selai....hehehehe. Tahniah buat kengkawan yang berjaya mengharunginya terutama Tn Akmar yang berjaya mengumpul 15 ekor pacat di waktu petang semasa merintis laluan.

Ucaptama oleh En. Nordin selaku bos di PKKJ...malam sebelum kayuhan.
Posing depan pintu masuk laluan ke Selai...
Sebahagian daripada JU yang bertugas dan berkursus
Perhimpunan pagi...
Bersedia untuk bergerak ke aktiviti river crossing
Ikhtiar hidup
Taklimat daripada pihak taman negara
 
Arahan dari Kem komandan sebelum bergerak masuk...
kayuhan...
JU bertugas....memang best la korang!

Tiada ulasan: