Isnin, 13 Jun 2011

Seimbang ...?

Lately Putri mangalami masalah dalam pemakanan...kenapa? Ummm... semenjak 2 minggu sebelum cuti sekolah, Putri cuba hadkan pemakanan Putri. Kalau rasa lapar Putri akan makan 2 keping biskut dan minum lebih air mineral...itupun kadang tak terdaya juga.
Kalau si Dolby ngajak keluar tgk wayang, abis la. Mmg kena makan la jawabnya, but masih lagi Putri cuba untuk ambil makanan yang tidak berminyak atau mengandungi karbohidrat.
Tue la dia, kalau ader ilmu tapi tak amalkan...Budak sains sukan la katakan...bab pemakanan mmg serba-serbi tahu tapi...(sendiri jawab ler...:-))


Malam nie, keropok goreng (baru beli ngan Cg Faizal setengah kilo RM7, cicah sambal kicap, pencuci mulut buah oren dan teh 'O' panas. Inilah makanan Putri... agak2 makanan nie seimbang ke tidak?

Nie sikit info nak share ngan korang:
  1. Hadkan pengambilan makanan berkalori tinggi terutamanya makanan segera atau bergoreng.
  2. Kurangkan pengambilan makanan bergula seperti minuman dalam tin, kuih-muih manis, manisan, aiskrim dll.
  3. Kurangkan pengambilan karbohidrat kompleks atau dengan kata lain yang berasaskan gandum atau uni-ubian.
  4. Elakkan makan organ dalaman seperti usus, hati, otak, hati, pedal, kuning telur dan ikan bilis (kepala dan isi perut.
  5. Kurangkan penggunaan bahan tenusu yang tinggi kandungan lemak seperti susu penuh krim, susu segar dan keju.
  6. Makanan berlemak seperti kulit ayam, santan, mentega, minyak sapi.
Apa yang perlu anda lakukan:
  1. Amalkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan serat.
  2. Makan lebih buah-buahan dan sayuran segar.
  3. Bersenam 3 kali seminggu...
  4. Minum 8 gelas air sehari @ 1.5 liter sehari...

P/s: Jangan hangat2 tahi ayam jer tau...:)


Tiada ulasan: