Ahad, 25 Mac 2012

Pangsoh Ayam...weeeee...menjadik!


Hidangan yang sangat simple...kukus! Tn Seni menjadi lor...terima kasih kerana mengajar Putri yo!

Reunian 5 Sains Am di MAWAR

Putri mengadakan pertemuan dengan member lama sekelas. Pakcik Putri iaitu Cik Yai ngan 'Z' di MAWAR. Makan pisang goreng dengan air panas petang2 hari...huhu. Best sgt... 
Putri kena buli dengan diorang berdua nie..huhu.
Baru Putri perasan yang zaman sekolah dulu Putri kuat merajuk...hahahahahaha. Adeh, malunya....

 
 Ini pakcik Putri...kami sekelas. Nama dia Cik Yai...

 
 Malu2 plak dia...hehehe

Nie kawan saya...nama dia Zuraida...kami panggil dia 'Z'...ahaks 

Resepi Ayam ala Onna

Putri bukan orangnya yang sangat punya banyak masa untuk memasak. Hehehe...namun, alhamdulillah bukan terus tak pandai memasak tau...
Dapat resepi nie dari adik perempuan kedua bongsu ... so, mencuba la nie.

Bahan-bahannya:
1/2 Ayam (potong kecil2)

Bahan tumisan:
1 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 cili merah
2 cili hijau
(kalau nak pedas campur cili padi)

Caranya: 
- Tumis bahan tumisan sampai garing n naik baunya
- masukan ayam
- tunggu sampai ayam empuk.
(jangan lupa letak garam tau...hehehhe)

 
 Ayam sedang dimasak di atas dapur...


 Jeng...jeng...jeng...mcm rendang...tapi bukan tau... sedap tapi lum rasa lagi.
Percubaan kali pertama tau...tak jadi sgt.

 Ulam...mmg kesukaan putri...


 Makan ngan budu...hehehhe

Inilah makanan tengah hari saya...menyelerakan!

Rabu, 21 Mac 2012

Selamat Hari Lahir... Jan, Feb & Mac...besday boy Hi Syam!

Latihan olahraga sedang rancak dijalankan di SAB...perghhhh, penat tak terkata. Tapi tahun ini alhamdulillah, ader guru yang datang membantu... terima kasih buat Cg Iqbal, Cg Hasrik, Cg Norbee dan Cg Afida yang turun padang membantu.

Hari nie Putri bersama-sama dengan Cg Norbee membelanja pelajar2 yang menyambut hari lahir pada hari nie iaitu Si Hisyamuddin b Abu Samah. Tahun nie merupakan tahun terakhir bagi dia... biarlah ia memberi erti dan tanda ingatan buat dirinya.

Kengkawan dia juga mengumpulkan duit dan Umairah menyediakan air dari kantin untuk meraikan besday boy. Kami juga sambut mereka yang telah lahir pada bulan Jan, Feb dan Mac. Hepi besday to u all... I LOVE U!!!! Muahhhhhhh....

 
Sukanya dia...
sedang memotong kek...

Sesi menyuapkan kek ke mulut...buah strawberi...nyum2.


 Hahaha...kena baling ngan tepung plus telur lagi...


Hati yang disakiti...

Terima kasih atas suatu pembohongan...
Luka yang amat bila menyakiti dikau menyakiti diri ini...
Jadi benarlah apa yang diperkatakan oleh mereka semua...
Dan aku yang terpedaya...

Pembohongan di sebalik suatu pembohongan...
Penipuan dalam sebuah perhubungan...
Terima kasih...

Allah menduga saya...sentiasa.
Kerana ALLAH tahu saya mampu dan kuat untuk menghadapinya...
Terima kasih Ya Allah...


Ahad, 18 Mac 2012

Program Perkhemahan SMK Tmn Sutera, JB & Program SMK Dato' Mohd Yunus Sulaiaman, Pontian

Minggu nie repealling bersama Abg Duggan a.k.a Kilo Alpha a.k.a Khairul Akhmar (kalau salah nama ...ampun ya pak..hehehe), NoGo a.k.a Abg Nas, Abg Amri, Shariman (Pen ketua) dan ketua kita si Saiful Amin.

Ketua saya minggu nie... Saiful Amin.. Cayalah!

Abg Duggan saya... Khairul Akhmar.. dia ajar saya ikatan "double tindih kasih"!

Perkhemahan pelajar SMK Tmn Sutera JB bermula pada jumaat ptg... huhu 56 org pelajar.

Pagi, saiful & Shariman buat ikatan di atas... Putri jadi belayer dengan dibantu oleh pelajar. Tengahari, beri penerangan kepada pelajar kemudian membuat final check kepada pelajar sebelum mereka naik ke atas...

Petang... naik ke atas sendirian. Amik feel dulu... huhu, kalau jatuh nie. Alamak...tak mau la jatuh.

Penerangan oleh Abg Nas...

khusyuk mendengar taklimat

Mangsa abg Akram...hahaha

Setiap jurulatih akan diberi peluang untuk menjalani praktikal setiap aktiviti, jadi jika seseorang Jurulatih Utama (JU) tiada... maka kami akan ambil alih. Praktikum secara begini memantapkan lagi kemahiran kami. Alhamdulillah, berjaya kali ini... syukur. Tiada apa yang berlaku... lebih yakin di lain kali untuk naik ke atas dan membuat ikatan tersebut.

Terima kasih Abg Akram hehehe...(nama nie Cg Rishi dari SJK(T) yang bagi masa program yang lalu. Lekat sungguh nama tersebut...hehehe.

Isnin, 12 Mac 2012

From JB to Kluang to Kota Tinggi to JB

Meriah musim jejalan Putri bersama Bak, Bonda dan Kak Noi... Bergerak dari rumah 8 lebih diambil oleh bonda Aaishah n suaminya hehehehe...

Bak n Bonda
Kami sampai di Kluang, kami mengisi perut yang kelaparan. Dendangan lagu keroncong sangat hebat, almaklumlah tak makan sarapan pagi dari rumah. Makan nasi putih, lauk ikan keli masak pecal dan sayur cucuk @ cekur manis masak lemak. TerBAIKkkkkk....

Inilah kedainya...

Kedainya terletak ditepi jalan, di atas bukit. anda akan dapati kedai itu selepas melalui "round about' mengarah ke bandar Kluang. Masakannya mmg best la... Ikan fresh. Harga murah sgt... seekor ikan RM2 jer. Kami makan berempat dicaj RM22, air dh kira sekali tau... Jadi, kalau pergi ke Kluang sila la kunjungi tempat makan ini. Banyak juga hidangan lain yang terdapat di sini. Len kali kalau Putri pergi lagi... Putri akan cuba menu yang lain ok.

Kendian, bergerak ke rumah kenduri... Jumpa kawan tue. Tak sempat tunggu dia bersanding. Nanti Putri curik pic sanding dia ea...hahahaha.

Makan di Muara... sate time!

Meneruskan perjalanan ke rumah saudara Bonda di Kota. Balik kami singgah makan n minum petang di Muara. Pekena sate perut, daging dan ayam... Wah, sedap! Nanti ajak kengkawan kat Pusat Kokurikulum makan sate kat sini la...nyum2.

TERBAKAR..!!


Sempena meraikan 50 tahun Sekolah Aminuddin Baki kejadian yang tidak disangka telah berlaku. Dewan yang menjadi tempat perhimpunan pagi para pelajar dan guru telah mengalami 'litar pintas' yang menyebabkan ia terbakar.

Semarak apinya....



Abang-abang BOMBA sedang memadamkan api...

Akhirnya...beginilah!

Syukur tiada kemalangan maut... sebab biasanya pelajar-pelajar ponteng melepak di belakang dewan ini. Nasib baik, kan...kan...

Ini bukan merupakan kejadian pertama seumpama ini berlaku di SAB. Sebelum ini kantin sekolah pernah dibakar...diulangi...dibakar yer. Kemudian, bilik disiplin pada tahun 2008 dan 2011 Bilik PJK a.k.a Stor Sukan.

Agak2 dapat Dewan baru tak...hehehehe. Namun, kejadian yang sangat penting adalah sewaktu api marak menyala menghala ke bilik simpanan Al-quran dan Yassin...tetiba angin bertiup dan bilik tersebut selamat dari dijilat oleh api yang sedang marak...Alhamdulillah!

Jumaat, 9 Mac 2012

Program SJK(T) Yahya Awal

Program bersama dengan murid2 sekolah jenis kebangsaan Tamil yer...

Tn. Seni sedang bagi penerangan ttg cara-cara pemasangan khemah...

Aktiviti repelling... Penerangan oleh Tn. Van Shumie..... Tn Amri punya gaya, belayer ON!

Try test... naik tangga goyang... adui, gayat!

Mass Tin nak masak meggi...

Tada...dah siap kami punya murtabak megi....tinggal nak bakar jer

Survival.... abis asap masuk mata!

Pelaksanaan aktiviti hanya 3 sahaja... sesi pagi rentas halangan dan repelling... petang aktivitinya menurunkan khemah dan masuk hutan kecil kami untuk aktiviti survival pula. Hahaha...mcm2 gaya... adui la. Sakit kepala dibuatnya sebab memasing tak faham bahasa....tapi, satu pengalaman baru kuperoleh!