Isnin, 12 Mac 2012

From JB to Kluang to Kota Tinggi to JB

Meriah musim jejalan Putri bersama Bak, Bonda dan Kak Noi... Bergerak dari rumah 8 lebih diambil oleh bonda Aaishah n suaminya hehehehe...

Bak n Bonda
Kami sampai di Kluang, kami mengisi perut yang kelaparan. Dendangan lagu keroncong sangat hebat, almaklumlah tak makan sarapan pagi dari rumah. Makan nasi putih, lauk ikan keli masak pecal dan sayur cucuk @ cekur manis masak lemak. TerBAIKkkkkk....

Inilah kedainya...

Kedainya terletak ditepi jalan, di atas bukit. anda akan dapati kedai itu selepas melalui "round about' mengarah ke bandar Kluang. Masakannya mmg best la... Ikan fresh. Harga murah sgt... seekor ikan RM2 jer. Kami makan berempat dicaj RM22, air dh kira sekali tau... Jadi, kalau pergi ke Kluang sila la kunjungi tempat makan ini. Banyak juga hidangan lain yang terdapat di sini. Len kali kalau Putri pergi lagi... Putri akan cuba menu yang lain ok.

Kendian, bergerak ke rumah kenduri... Jumpa kawan tue. Tak sempat tunggu dia bersanding. Nanti Putri curik pic sanding dia ea...hahahaha.

Makan di Muara... sate time!

Meneruskan perjalanan ke rumah saudara Bonda di Kota. Balik kami singgah makan n minum petang di Muara. Pekena sate perut, daging dan ayam... Wah, sedap! Nanti ajak kengkawan kat Pusat Kokurikulum makan sate kat sini la...nyum2.

Tiada ulasan: