Perkhemahan kali ini adalah bagi menghargai jasa dalam kalangan jurulatih yang pernah terlibat dengan program yang dilaksanakan sepanjang tahun 2012. Oleh itu, seramai 142 dari 150 orang pelajar telah menyambut seruan dan menghadirkan diri ke Pusat Kokurikulum Johor Kem Tasek Utara pada 19hb November 2012.
Perkhemahan kali ini berlangsung selama 3 hari ang dihadiri oleh seluruh daerah dalam negeri Johor. Aktiviti yang dilaksankan adalah Kembara Rimba, Rentas Halangan, Rapelling dan Wall Climb yang diketuai oleh jurulatih utama PKKJ.
Penerangan oleh Tn Seni b Jantan tentang Kembara Rimba
Pada hari kedua pelajar telah di bawa ke Tanjung Piai yang merupakan salah satu RAMSAR di Malaysia. Pelajar diberi pendedahan berkaitan kayu bakau, selain dari flora dan fauna yang boleh didapati dalam kawasan tersebut. Pelajar juga berjaya membuat semaian benih-benih bakau sebanyak 212 beg. Tahniah buat mereka yang terbabit.
|
Berada di kawasan dataran penghujung benua asia menikmati pemandangan. |
|
mendapatkan tanah untuk tanaman benih |
|
Lena keletihan... |
|
Lawatan ke Legoland...ceria! |
|
Penutupan perkhemahan |
|
Pelajar lelaki terbaik perkhemahan |
|
pelajar perempuan terbaik perkhemahan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan