Sabtu, 28 Januari 2012

Kenduri Anak Pak Long Chini



"Selamat Pengantin Baru" Hari Ahad lepas 22hb Januari 2012, maka selamatlah akak sepupu Cik Putri melangsungkan perkahwinan dia.

Sangat comel si mempelai dengan busana putih birunya. Masa kami sampai terus jumpa Mak Long n Pak Long, mcm biasa la kami diminta ke meja makan. Dijamu nasi ayam n cendol...dalam panas terik nie kan. Mestilah...terbaik!

Sedara-mara abah semua dh sampai di rumah Pak Long. Kelihatan Mak Anjang, Pak Anjang, Mak Ngah n anak perempuan tunggalnya bersama 3 org cucunya ader sama. Pak Usu dalam perjalanan...

Dalam kemeriahan majlis, terasa sgt kecacatannya. Nak tau kenapa? Sebab Cik Putri sakit gigi... mencengkam sangat2. Adui la...sakitnya. Tarik bantal n lelapkan sekejap kepala.

Balik Cik Putri drive...menahan sakit kepala plus gigi. Urmmmm...sampai kat Labis tukar pemandu. Muntah la plak...abis semua isi perut kuar... Ya-allah, dugaan. Abis kete n baju kena muntah Cik Putri. Tapi tak pe, sebab kete sy sendiri n baju sy juga.

Alhamdulillah, kami bergerak kul 4.00 petang. 7.30 malam sampai kat Pt Raja.

Khamis, 26 Januari 2012

MUsim OLAHRAGA 2011

Olahraga 2011 telah menutup tirainya...maka tahun ini 2012 telah bermula kembali kesibukan di padang SABku... Melatih setiap acara bukan perkara mudah. Hanya ngan tekad dan keazaman yang gitu dan unggul sahaja maka kita mampu melaluinya.

Jika tahun lalu 5 emas, 6 perak dan 12 gangsa diraih oleh skuad Olahraga ku. Maka tahun ini target masih sama 12 emas perlu diraih. Harapan hanya pada mereka yang tak pernah kenal lelah berlatih pagi dan petang...doakan kami.