Sabtu, 22 September 2012

Kursus Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk PJK

Jauh hati


Setiap dari kita akan terasa tersisih kan...? Yup... aku merasakan saat ini. Mungkin aku tidak baik seperti yang mereka kata... aku juga tidak pandai nak membodek... melayan orang jauh sekali.

Aku merasakan semua orang sama. Bagi ku aku hanyalah orang biasa. Tapi aku merasakan setiap mereka yang berada di sisiku adalah orang yang istimewa. Namun, jika hanya kita sahaja yang rasa begitu dan tidak mereka...apakan daya kan?

Malam tadi aku menangis lagi. Jika tidak mahu aku turut serta dalam sebarang program... aku tak kisah sudah. Masih ramai lagi yang layak di luar sana. Yang lebih baik dari aku dari pelbagai sudut kan...

Orang yang selalu mengajak aku berkayuh boleh berkata sebegitu rupa, "Aik macam jauh hati jer...?" Yer aku jauh hati...aku kan sakit. Nanti akan menyusahkan orang lain jer kan?

Orang yang selalu mengetahui setiap langkah kakiku boleh berkata, " Kenapa antara korang saling cemburu antara satu sama lain?" Aku jer la yer... baiklah. Jika ini yang terbaik buat aku...lebih baik aku undur diri.

Bagi dia yang rasa aku mengancam kedudukannya, aku tak nak sebarang kedudukan. Aku tahu aku siapa. Jika KAU fikir aku ini membuatkan dirimu tergugat, dengan senang hati akan undur diri.

Kalian tahu aku tak boleh STRES, tapi kalian tetap lakukannya. Penyakit ini semakin pulih... tapi kalian menambahkannya rasa tension itu. Patutlah aku terpaksa menunggu  selama 3 tahun untuk menjadi sebahagian dari kalian, namun jika ini yang berlaku...lebih baik aku menjauh diri. Aku lebih sayangkan diriku daripada kenikmatan duniawi. SEkian!