Rabu, 3 Ogos 2011

Pertemuan vs Perpisahan


Kehadiranmu sgt kurasakan...kita mencipta sebuah kenangan bersama.
Hadirmu mengganggu ketenangan hidupku...
Membuatkan aku tidak tenteram dalam melaksanakan tanggungjawabku...
Suaramu membuatkan aku jadi penasaran....
Aku terbuai selama beberapa hari ini...
Aku terpersona dengan 3 perwatakkanmu
romantis, ceria dan penyayang
Ya Allah….

Seandainya telah engkau catatkan…

Dia milikku tercipta buatku…

Satukanlah hatinya dengan hatiku…

Titipkanlah kebahagian antara kami…

agar kemesraan itu abadi…

Dan ya Allah…

ya tuhanku yang maha mengasihi…

Seiringkanlah kami melayari hidup ini…

Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah…

Seandainya telah engkau takdirkan…

dia bukan miliku…

Bawalah ia jauh dari pandanganku…

Luputkanlah ia dari ingatanku…

Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti….

Berikanlah aku kekuatan…

Melontar bayangannya jauh ke dada langit…

Hilang bersama senja nan merah..

agarku bisa bahagia…

Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta…

Gantillah yang telah hilang….

Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…

Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku…. kerana engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat…

Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini…

Jangan engkau biarkan aku sendirian dii dunia ini mahupun di akhirat…

Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran…

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…

Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup Ke jalan yang Engkau redhai…

dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah….

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .


Aku hanya hambaMU yang daif dan kecil Ya-Allah. Kupohon perkenankanlah doaku.


2 ulasan:

wanna berkata...

sis, lau jodoh tak kemana...=)

Putri Ezzat berkata...

Yer, tak mengharap sgt...jika ader jodoh ader la...doakan kami yer.