Isnin, 3 Disember 2012

Bakau di Taman Negara Johor Tg Piai

Pelajar mengumpulkan tanah
Tanah yang telah dikumpulkan akan di bawa ke tapak semaian
Benih bakau yang perlu dikutip untuk disemai
Benih yang rosak di sebelah kiri, kanan elok...pucuk di ujung yang membolehkan  bakau ini di semai

Benih bakau yang boleh di tanam yang terdapat dalam plot
Bakau yang sudah boleh ditanam.... yang biasanya adalah bakau minyak dan bakau kurau
Benih-b2nih bakau yang ada di dalam plotnya
benih bakau yang telah siap disemai oleh palajar


Memasukan tanah ke dalam beg plastik...

Pelajar tertidur keletihan...hehehe
Tahukah anda terdapat 16 spesis di negara kita bakau yang terdapat di Hutan Bakau Simpan yang merupakan sebahagian dari Sg. Pulai, Majlis Mesyuarat kerajaan Johor telah meluluskan ia menjadi Taman Negara JohorTg Piai pada 1997. Spesis yang banyak terdapat di sini adalah bakau minyak dan bakau kurau.

Dianggarkan setiap tahun terdapat banyak sekolah dan pertubuhan yang hadir untuk melawat dan membantu dalam penyemaian benih bakau yang terdapat di Tg. Piai. Tg Piai mendapat nama sempena sejenis pokok paku pakis yang dikenali sebagai Pokok Piai. Gelaran yang paling popularyang diberikan pada tempat ini adalah "Penghujung Tanah Besar Asia", jadi jika kita kemari kita telah berada di penhujung benua Asia. Menarik kan...?

Tg Piai yang terdiri daripada 526 hektar hutan bakau dan 400 hektar dataran lumpur. Pada tahun 2002 ia telah dibuka kepada kunjungan orang ramai. 31 Januari 2003 ia distiyharkan sebagai tapak RAMSAR. Kemudiannya pada 26 Februari 2004 ia telah digazetkan sebagai Taman Negara Johor Tg Piai.

Selamat datang ke Tg Piai sekiranya anda berkesempatan...

Ahad, 2 Disember 2012

Kursus Pengurusan Aktiviti Berbasikal "OFF-ROAD" PKKJ 2012

 Perkhemahan kali ini melibatkan jurulatih dari negeri lain yang turut bersama dengan kami di Taman Negara Endau- Rompin (Selai) di Segamat. Seramai 120 orang terlibat iaitu 40 jurulatih bertugas, 33 orang peserta dalam kalangan pelajar dan 40 orang jurulatih yang berkursus. Kami berkumpul di SK Seri Bekok, Segamat sebelum bergerak ke dalam  hutan simpan pada 27hb November 2012.

Selain dari kayuhan peserta juga terlibat dengan aktiviti taklimat keselamatan oleh pihak taman negara, river crossing, ikhtiar hidup / perangkap jerat, kembara rimba dan penghayatan malam. Sementara peserta kursus pula memurnikan lagi modul berbasikal dan melakukan kayuhan malam di atas trek yang agak mencabar kerana ditemani oleh pacat hutan Selai....hehehehe. Tahniah buat kengkawan yang berjaya mengharunginya terutama Tn Akmar yang berjaya mengumpul 15 ekor pacat di waktu petang semasa merintis laluan.

Ucaptama oleh En. Nordin selaku bos di PKKJ...malam sebelum kayuhan.
Posing depan pintu masuk laluan ke Selai...
Sebahagian daripada JU yang bertugas dan berkursus
Perhimpunan pagi...
Bersedia untuk bergerak ke aktiviti river crossing
Ikhtiar hidup
Taklimat daripada pihak taman negara
 
Arahan dari Kem komandan sebelum bergerak masuk...
kayuhan...
JU bertugas....memang best la korang!

Khamis, 22 November 2012

Seronoknya...Faizah dan Fatimah

Kenanagan bersama pelancong Jepun yang merupakan seorang fotografer di Tg Piai

Smart untuk majlis penutup

Aksi di halangan tembok

Hehehe....bestnya berkumpul

Gaya nak ke majlis penutup
Terima kasih kerana berkongsi kegilaan bersama Cik Putri yer. Harap akan bersama lagi di masa akan datang. Amin....

Perkhemahan Intergrasi Antara Pusat Kokurikulum Murid SM Siri 2 Negeri Johor

Perkhemahan kali ini adalah bagi menghargai jasa dalam kalangan jurulatih yang pernah terlibat dengan program yang dilaksanakan sepanjang tahun 2012. Oleh itu, seramai 142 dari 150 orang pelajar telah menyambut seruan dan menghadirkan diri ke Pusat Kokurikulum Johor Kem Tasek Utara pada 19hb November 2012.
Perkhemahan kali ini berlangsung selama 3 hari ang dihadiri oleh seluruh daerah dalam negeri Johor. Aktiviti yang dilaksankan adalah Kembara Rimba, Rentas Halangan, Rapelling dan Wall Climb yang diketuai oleh jurulatih utama PKKJ.

Penerangan oleh Tn Seni b Jantan tentang Kembara Rimba

  

Pada hari kedua pelajar telah di bawa ke Tanjung Piai yang merupakan salah satu RAMSAR di Malaysia. Pelajar diberi pendedahan berkaitan kayu bakau, selain dari flora dan fauna yang boleh didapati dalam kawasan tersebut. Pelajar juga berjaya membuat semaian benih-benih bakau sebanyak 212 beg. Tahniah buat mereka yang terbabit.
Berada di kawasan dataran penghujung benua asia menikmati pemandangan.
 

mendapatkan tanah untuk tanaman benih
 

Lena keletihan...

Lawatan ke Legoland...ceria!


Penutupan perkhemahan

Pelajar lelaki terbaik perkhemahan

pelajar perempuan terbaik perkhemahan

Selasa, 13 November 2012

Graduasi & Harum Mewangi 2012







Empat tahun yang penuh pelbagai onak dan ranjau kulalaui. Inilah hasil yang Putri peroleh. Alhamdulillah.... Hasil kerja ku dihargai oleh mereka.

Sabtu, 22 September 2012

Kursus Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk PJK

Jauh hati


Setiap dari kita akan terasa tersisih kan...? Yup... aku merasakan saat ini. Mungkin aku tidak baik seperti yang mereka kata... aku juga tidak pandai nak membodek... melayan orang jauh sekali.

Aku merasakan semua orang sama. Bagi ku aku hanyalah orang biasa. Tapi aku merasakan setiap mereka yang berada di sisiku adalah orang yang istimewa. Namun, jika hanya kita sahaja yang rasa begitu dan tidak mereka...apakan daya kan?

Malam tadi aku menangis lagi. Jika tidak mahu aku turut serta dalam sebarang program... aku tak kisah sudah. Masih ramai lagi yang layak di luar sana. Yang lebih baik dari aku dari pelbagai sudut kan...

Orang yang selalu mengajak aku berkayuh boleh berkata sebegitu rupa, "Aik macam jauh hati jer...?" Yer aku jauh hati...aku kan sakit. Nanti akan menyusahkan orang lain jer kan?

Orang yang selalu mengetahui setiap langkah kakiku boleh berkata, " Kenapa antara korang saling cemburu antara satu sama lain?" Aku jer la yer... baiklah. Jika ini yang terbaik buat aku...lebih baik aku undur diri.

Bagi dia yang rasa aku mengancam kedudukannya, aku tak nak sebarang kedudukan. Aku tahu aku siapa. Jika KAU fikir aku ini membuatkan dirimu tergugat, dengan senang hati akan undur diri.

Kalian tahu aku tak boleh STRES, tapi kalian tetap lakukannya. Penyakit ini semakin pulih... tapi kalian menambahkannya rasa tension itu. Patutlah aku terpaksa menunggu  selama 3 tahun untuk menjadi sebahagian dari kalian, namun jika ini yang berlaku...lebih baik aku menjauh diri. Aku lebih sayangkan diriku daripada kenikmatan duniawi. SEkian!

Ahad, 24 Jun 2012

Jeli Durian Belanda


Wah... biasa kita dengar n makan jeli kepala jer kan...?  Jeli yang biasa kita rasa skang dh ada jeli Durian Belanda. Makan waktu cuaca yang panas begini kan...mmg sedap. Minggu lepas masa terlibat dengan Program Perkhemahan Integrasi 1 Malaysia Putri ada bagi kengkawan rasa...hehehe. 

Bahan:
Jus durian belanda
10gm agar-agar
setengah kilo gula
4 liter air/ 2 jag air


Cara membuatnya:
masak agar2 + air sampai agar2 hancur.
masukan gula sehingga hancur.
masukan jus durian belanda
biarkan 20 minit.
tuang dalam bekas2.

mudahkan membuatnya...? Hehehe...selamat mencuba.


Sabtu, 9 Jun 2012

Iman n DURIAN


Kisah si raja buah dengan ank buahku yang nakal si Iman. Semalam sampai dari kampung, buah durian ada 6 biji dalam bonet kereta. Lepas solat Maghrib cadang Putri nak turun ambil barang-barang dalam kereta untuk di bawa naik ke atas rumah. Adik Putri dari Pasir Gudang sms beritahu sudah sampai. Dia dan suaminya bersama anak sulong mereka si Iman.

Si Iman punyalah susah disuruh bersalam dengan Cik Long aka Putri. Siap  digigitnya  Putri bila Putri dapat peluk dia. Sakitnya..... bila kena ugut tak nak kasi durian baru dia terkedek2 nak bersalam. Kuat sungguh si kenit tue mengangkat durian2, berulang-alik dari bonet kereta Putri ke kereta Gen2 ayahnya. Sebijik jer tingal tuk Putri, Si Iman cuba jugak nak ambil...

Durian sedang luruh di kampung. Setiap pagi Putri akan merayau di bawah pokok durian di hadapan rumah. Melonggokkan durian yang telah dikutip di anjung rumah, membersihkan dan membawa masuk ke dalam rumah. Simpan dan makan...sebiji...dua biji....hahahaha...setiap hari sekurang-kurangnya 2 biji akan dikopek dan dimakan.

Bila tinggalkan mak petang semalam rasa bersalah jer. Tapi, ader tugas yang menanti di Johor Bahru. Insya-allah kita akan jumpa lagi yer mak...

Ahad, 3 Jun 2012

Perkhemahan TNB - Kem Remaja Bestari 2012

Hari ini kami bertugas di PKK Johor untuk aktiviti pendidikan luar.  Pelajar seramai   lebih kurang 200 lebih.   Ada di kalangan pelajar ini agak susah mendengar kata...nak2 budak2 kecik. Tetapi gelagat mereka sangat menarik.

Kali ini Putri menjaga bahagian Rentas Halangan bersama Abg Ajak, Abg Midin, Abg Sai'an dan Abg Zaini Zainal. Terbahagi kepada 4 bahagian... hanya sesi pagi sahaja 3 bahagian aktiviti. Penat tapi seronok...

Pasang khemah

bekerjasama...


Bagus...khemah dah nak siap...



Halangan tembok...
 Hari ini juga Putri membuat latihan halangan tayar, tarzan swing, monkey rack dan halangan tembok sebagai tunjuk cara kepada pelajar, hanya Comando crowl jer mintak pelajar buat.  Lenkali insya allah... Masa buat monkey rack jer...agak berdebar... tapi bila abg ajak kata kena buat untuk jadi jurulatih kebangsaan terus berjaya melakukan. Tahniah buat diri sendiri. Dengan cara yang betul...siapa pun boleh!! Yakin boleh!!!

Balik melepak di kedai mamak dekat ngan Pusat kokurikulum Johor ngan Sumathi (muar), Umi (pasir gudang), Abg Amri (kulaijaya), Abg shahrul (pontian), Khairul (pontian), abg Akmar (PKKJ) dan Halim (JB)... siapkan borang claim Cabaran Pontian...siap suda ingatkan boleh terus hantar...alamk salinan IC plak xder...hahahaha...esok kena g PKKJ jugak la nie...ummmm.