Rabu, 9 Mei 2012

Selamat Pengantin Baru Faiz n Ila... 6 Mei 2012

Kengkawan yang bertandang di majlis...

Selamat Penggantin Baru buat kalian berdua semoga berbahagia sampai ke akhir hayat...

Minggu lalu bersama segerombolan rakan...hehehe kami bertandang ke rumah kawan satu kursus iaitu Suhaila atau lebih dikenali sebagai Ila. Peserta satu kursus asas Pusat Kokurikulum yang bertemu jodoh dengan rakan satu kursus juga iaitu Mohd Faiz pada 6 Mei 2012.

Semoga mereka berdua akan kekal hubungan sampai ke akhir hayat. Mak pengantin lelaki mengajak kami ke Melaka pada minggu akan datang. Insya-allah....

Lala goreng berlada n lemak pucuk manis

Lala Goreng Berlada
Bahan:
1/2 kg Lala
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih (sape suka bwg putih letak la lebih)
1/2 inci halia
4 biji cili padi merah @ 2 cili besar
minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
- cuci lala bersih2
- panaskan minyak, masukan hirisan bawang besar, bawang kecil, halia dan cili
- goreng sampai naik baunya, kemudian masukan lala yang telah siap dicuci.
- goreng seketika, jika airnya kering tambahkan sedikit air
- biarkan seketika sampai lala terbuka.
- hidangkan.



Lemak Pucuk Manis Single
bahan2;
Seikat pucuk manis
100g santan kelapa
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
setengah genggam ikan bilis
setengah cawan air

Cara memasaknya:

  1. masukan setengah cawan air bersama dengan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis yang telah ditumbuk.
  2. biarkan seketika sampai ia empuk (jika ingin masukan labu atau keledek dalam masakan, perlu merebus bersama bahan di atas tunggu sehingga empuk).
  3. masukan santan, jangan biarkan hingga pecah minyak.
  4. masukan pucuk manis.
  5. hidangkan bersama nasi putih.

Ahad, 6 Mei 2012

Proses Membuat Jeruk Kedondong

Ini adalah buah kedondong yer kengkawan... buah ini boleh di dapati di belakang pejabat Pusat Kokurikulum Johor. Pohonnya rendang sahaja... tapi, ader kisah yang agak menarik ttg buah nie. Sorang kawan kami sekursus tak dapat kenal mana satu pokok kedondong..uh makan tau...hahahaha.

 Ini adalah proses yang kedua setelah memetik buah di pokok. Mengupasnya...urmmmm, pedih tangan wei. Buah dia kecik jer...susah nak pegang dengan baik, sebab dia licin kalau lambat kupas. Getah dia kua...

 Inilah rupanya biala dah siap kupas kulit...menarik kan? Buat jus pun sedap tau. Nikmatnya minum waktu tengah hari waktu cuaca panas....sejuk lagi sedap.

 Proses seterusnya ialah mencuci buah, hilangkan getahnya... kendian, buat air garam. curah dalam botol2 yang telah disediakan. Biarkan selama 2 hari jer...

Bilas air garam tadi setelah dua hari. Buat air gula pula... tumbukkan cili padi. Masukan bersama dengan air gula tadi ke dalam balang. Simpan dalam peti sejuk...hehehe. Dua hari lepas tue bolehlah rasa...hehehehe. Tgk pic kat atas, tue sebelah tue jus kedondong tau...hehehe.

Bedak oh bedak...berubat!


Ubat nie yang Putri cari untuk mengubati kegatalan yang melanda saat ini. Kulit Putri mengelupas dan memerah bila berpeluh... kesan kekurangan tidur, stress dan tidak cukup rehat. Bedak ini disyorkan oleh si Putera Kayangan. Thanx yer...

Banyak masalah saat ini melanda diri. Kekadang rasa tak berupaya untuk menangani masalah yang bertimpa-timpa. Ya-allah, berikanlah hambaMU ini kekuatan... Berikan aku petunjukMU ya Rabb!

Putri kena fokus... keje yang melambak perlu disiapkan satu per satu... Apatah lagi dengan kekurangan guru di sekolah saat ini. Masa yang biasanya digunakan untuk menanda buku, terkorban dek kerana merelief kelas. Putri tak pandai kalau masuk kelas suruh budak2 buat keje sendiri. Biasanya putri akan berbual dalam kelas. Mengenali pelajar itu yang biasanya tidak putri ajar.