Isnin, 3 Disember 2012

Bakau di Taman Negara Johor Tg Piai

Pelajar mengumpulkan tanah
Tanah yang telah dikumpulkan akan di bawa ke tapak semaian
Benih bakau yang perlu dikutip untuk disemai
Benih yang rosak di sebelah kiri, kanan elok...pucuk di ujung yang membolehkan  bakau ini di semai

Benih bakau yang boleh di tanam yang terdapat dalam plot
Bakau yang sudah boleh ditanam.... yang biasanya adalah bakau minyak dan bakau kurau
Benih-b2nih bakau yang ada di dalam plotnya
benih bakau yang telah siap disemai oleh palajar


Memasukan tanah ke dalam beg plastik...

Pelajar tertidur keletihan...hehehe
Tahukah anda terdapat 16 spesis di negara kita bakau yang terdapat di Hutan Bakau Simpan yang merupakan sebahagian dari Sg. Pulai, Majlis Mesyuarat kerajaan Johor telah meluluskan ia menjadi Taman Negara JohorTg Piai pada 1997. Spesis yang banyak terdapat di sini adalah bakau minyak dan bakau kurau.

Dianggarkan setiap tahun terdapat banyak sekolah dan pertubuhan yang hadir untuk melawat dan membantu dalam penyemaian benih bakau yang terdapat di Tg. Piai. Tg Piai mendapat nama sempena sejenis pokok paku pakis yang dikenali sebagai Pokok Piai. Gelaran yang paling popularyang diberikan pada tempat ini adalah "Penghujung Tanah Besar Asia", jadi jika kita kemari kita telah berada di penhujung benua Asia. Menarik kan...?

Tg Piai yang terdiri daripada 526 hektar hutan bakau dan 400 hektar dataran lumpur. Pada tahun 2002 ia telah dibuka kepada kunjungan orang ramai. 31 Januari 2003 ia distiyharkan sebagai tapak RAMSAR. Kemudiannya pada 26 Februari 2004 ia telah digazetkan sebagai Taman Negara Johor Tg Piai.

Selamat datang ke Tg Piai sekiranya anda berkesempatan...

Tiada ulasan: